Artis Kita

Nas April 25, 2007 19

hadyrahimah.jpg

IDOLA – orang seringkali menyebutnya sebagai kultus individu – diperlukan sebagai cermin dalam perilaku kita sehari-hari.

guestnas.jpg

Semakin hari semakin bertambah artis Melayu dari Singapura. Ia boleh diibaratkan bagai bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dan sebahagian daripada mereka telah dijadikan idola yang mampu menggugat kehebatan artis-artis lain dari rantau ini. Ini satu perkembangan yang baik dan positif. Bagaimanapun, persoalan yang ingin dibangkitkan: Ke mana sebenarnya arah tujunya artis-artis kita? Mampukah mereka bertahan dalam industri ini, untuk mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia seni tanah air?

SINGAPORE IDOL – salah satu pertandingan nyanyian yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dua musim telah berlalu. Dan dengan dua musim itu sahaja, dua orang anak Melayu telah muncul sebagai juara, dan dengan secepat kilat, melahirkan album sulung masing-masing. Taufik Batisah dan Hady Mirza - tidak perlu kita pertikaikan tentang kejayaan yang telah mereka kecapi. Tapi aku sedih. Sedih dengan perkembangan mereka setakat ini. Tidak adakah ruang alternatif bagi mereka untuk kembangkan sayap ke negara-negara jiran yang lain? Di Malaysia atau Indonesia umpamanya? Ataupun di negara Brunei Darussalam? Tanggungjawab siapakah untuk meluaskan karier mereka? Penyanyi itu sendiri ataupun pihak pengurusan artis?

taufikbatisah.jpg

Rakyat tempatan sendiri mengagung-agungkan artis dari negara seberang. Kebanyakan dari kita pernah berkata: “Apa dah, artis sendiri tak nak support, artis luar pulak yang kita banggakan…” ataupun: “Kata je support local artiste, tapi album mereka, satu haram pun tak beli…” Persoalannya sekarang: Mengapa kita bersikap demikian? Apakah sebabnya kita lebih menghargai artis luar daripada artis kita sendiri? Apakah sebenarnya daya tarikan artis dari seberang itu? Kualiti? Kuantiti? Ataupun sekadar ikut tren ‘siapa lebih popular dialah yang aku suka’?

Aku pernah menyaksikan sendiri betapa artis dari negara luar mendapat sambutan di luar jangkaan berbanding artis tempatan. Aku telah menghadiri pelancaran produk teh oleh Datuk Siti Nurhaliza di Golden Landmark dua tahun yang lalu. MasyaAllah, begitu ramai yang hadir hinggakan setiap pelusuk kawasan pelancaran dipenuhi dengan para pengunjung. Bagaimanapun, suasana berubah sama-sekali setelah Siti beredar. Tiba giliran artis tempatan pula untuk buat persembahan dan menghiburkan para pengunjung yang hadir. Dengan secepat kilat juga, kawasan tersebut menjadi lengang, dan hanya beberapa individu sahaja yang dapat dilihat sedang menyaksikan persembahan artis kita ketika itu. Sedihkan?

Selain penerimaan orang-orang kita tentang artis tempatan, radio Melayu kita juga memainkan peranan yang amat penting dalam mempromosikan penyanyi Melayu tempatan. Bagaimanapun, sikap acuh tidak acuh dj-dj kita untuk memutarkan lagu-lagu dari album artis tempatan, menunjukkan bahawa mereka mempunyai sikap “pilih kasih” dan bias yang teramat sangat. Betul ke?

Aku pernah bertemu dengan seorang DJ Radio, Cik Morniyati Tukimin, dan bertanyakan tentang persoalan ini: Benarkah radio tempatan beri keutamaan kepada artis-artis seberang daripada artis tempatan? Cik Morniyati menentang keras tanggapan tersebut. Beliau berkata bukan atas dasar beri kesempatan, tapi kerana kekurangan artis tempatan yang mengeluarkan lagu-lagu baru dan berkualiti. Para pendengar (radio) yang berhak menentukan apa yang mereka lebih suka dengar. Hmmm. Betul juga…

hetty.jpg

Aku tidak salahkan dj-dj radio yang bertugas. Apatah lagi artis-artis tempatan kita yang mengeluarkan album-album baru di pasaran. Mungkin sebab sebenar mereka ketinggalan di belakang berpunca dari sudut penerbitan dan pemasaran. Pihak penerbit/komposer tidak kuasa untuk buat penyelidikan secara terperinci tentang kehendak pasaran masa kini dan strategi yang bersesuaian agar menarik lebih ramai pembeli dari tanahair sendiri. Konsep lagu dan album, senikata lagu, dan juga imej yang cuba ditonjolkan oleh penyanyi itu sendiri memainkan peranan yang amat penting untuk menentukan sama ada mereka boleh diterima oleh masyarakat ataupun sebaliknya.

Kita tidak mampu bergantung pada artis dari negara luar semata-mata untuk menghangatkan industri hiburan tempatan. Kita perlu lahirkan lebih ramai Taufik Batisah, Hetty Sarlene dan Imran Ajmain. Yang menjadi tanda-tanya sekarang: Bagaimanakah caranya?

________________________

INFORMASI:

1) Dua juara Singapore Idol, Taufik Batisah dan Hady Mirza, bakal mengadakan konsert khas sempena Hari Buruh di perkarangan Taman Warisan Melayu (TWM) pada petang Selasa, 1 Mei nanti. Harga tiket bagi Konsert “Keep Heritage Alive” ini telah pun mula dijual dengan harga $25 sekeping. Anda boleh menghubungi pihak TWM untuk matlumat lebih lanjut.

2) Bekas peserta Singapore Idol musim ke-2, Rahimah Rahim, telah pun melancarkan album sulungnya Ahad lalu di Tanjong Katong Complex. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah Entah Di Mana (menampilkan band Danielle daripada siri drama dengan judul yang sama), Tetesan Air Mata , Merintih dan Roses (menampilkan Moses Vadham dari kumpulan Gingerbread).

PENJELASAN:

sha.jpg

Ramai yang bertanya apa sudah jadi dengan artikel “berhantu” yang telah diwar-warkan untuk disiarkan di sha.tc pada Rabu lepas? Terima kasihlah aku ucapkan buat mereka yang sudi bertanya dan menunjukkan minat untuk mengikuti cerita tersebut. Bukan kerana disengajakan untuk tidak menyiarkan rencana eksklusif tersebut, tetapi kerana kekhuatiran yang amat sangat tentang individu yang lalai dengan “dunia realitinya”.

Tak faham? Tak mengapa… Hehe. Artikel tersebut memang sepatutnya disiarkan pada Rabu lepas mengikut jadual. Aku mengambil masa kira-kira 2 hari untuk menyiapkan sepenuhnya kisah misteri yang menjadi perkara “taboo” dalam masyarakat Melayu moden hari ini. Bagaimanapun, sudah menjadi adat resam manusia. Ada yang percaya dan ada pula yang cuba menindas. Bukan hanya menindas, malah, cuba mempersoalkan tentang keagungan Tuhan.

Atas sebab-sebab yang boleh mencetus kekeliruan tentang agama yang maha dahsyat, aku telah meminta Tok Penghulu Sha (thanks, dude) untuk membatalkan penyiaran artikel tersebut. Memanglah sedih, tapi aku tidak mampu untuk “meninggalkan kesan najis di rumah orang lain”.

Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan mereka yang benar-benar ingin mengikuti artikel ini (sama ada percaya atau tidak, aku apa peduli. hehe), aku telah menyiarkan semula rencana khas tersebut di blog sendiri pada Sabtu lalu. Kalau ada yang hendak mengkritik dan mencaci tentang cerita hantu aku itu sekalipun, sebaik-baiknya ia berlaku di blog sendiri. Betul tak?

Akhir sekali, aku juga ambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih buat Tok Penghulu Sha di atas kesudian mengundang aku menulis di blog yang serba “high profile” ini. Dua minggu menulis umpama 2 tahun aku perah otak untuk cari idea yang sesuai untuk dimuatkan di ruangan ini. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan aku mampu laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dari itu, hingga kita bertemu lagi di lain kesempatan, salam hormat dan assalamualaikum.


19 Comments »

  1. yanni April 25, 2007 at 1:13 pm - Reply

    nice malay article. among all singapore artist, i only like taufik. the rest, i tak berapa minat lah.. :)

    • Nas April 26, 2007 at 7:02 am - Reply

      Thanks dear. I know why u like Taufik. Hahaha. But why eh? :P

  2. purplejanzz April 25, 2007 at 1:40 pm - Reply

    kalau kita pulang ke zaman kegemilangan pop yeh-yeh dan sebagainya, kita akan dapat menilaikan mutu persembahan dan karya-karya yang masih lagi menjadi sebutan hingga ke hari ini.

    menyelami dunia hiburan pada zaman-zaman lampau bermakna kita akan menyelami sebuah dunia yang diiringi semangat yang waja, minat yang setulus ikhlasnya dan dedikasi yang tidak pernah berubah arah.

    yang amat ketara sekali adalah nawaitu.

    dewasa ini, dunia hiburan telah dirombak semula dek pertukaran masa, cara kehidupan dan perkembangan teknologi. ianya lebih cenderung kepada teknik-teknik pemasaran yang dapat mengharumkan nama dan kedudukan seseorang artis itu, ataupun menjatuhkannya sama sekali.

    penilaian nawaitu?

    walaupun perjalanan dalam dunia hiburan ini baru bermula, tetapi itulah perkara yang sering difikirkan.

    tapi pikir punye pikir, same aje. mengeluh je banyak.

    kehkehkeh

  3. Uncle Sha April 25, 2007 at 10:30 pm - Reply

    Bro i think for our local artiste to survive in the industry they need to explore their options overseas.

    In singapore we still have that “ang-moh mentality, local artiste cannot make it”, except for a few exceptional ones. still they’re struggling to a certain extend

    I think even before sg idol there has been plenty of local competition on the airwaves & TV. The winners of then comp, where are they now … so you see i think the marketability of spore artiste in spore is small, we’re to foray into other regions, even the cheena artiste does it. most of them actually make it big outside sg first, before getting the recognition in sg. Funny right!!

  4. Hairol April 25, 2007 at 10:42 pm - Reply

    Gingerbread Melayu kan? Ann Hussein, Anita Sarawak, diorang dulu 80s popular kan? Singapura dahulukala pusat muzik Melayu rantau ini kan? Apa dah jadi?
    Salahkan artis, kebanyakan artis buat lagu shiok sendiri.
    Mungkin pengurus artis. Tak buat promosi secara agresif ke luar negeri. Mungkin lagu Melayu Singapura boleh dijadikan soundtrack filem atau drama terkenal luar negeri.
    Cuma nak atau tak nak.

    Anw, cerita hantu tu cerita apa? Nak baca….

  5. eddyboi April 26, 2007 at 12:06 am - Reply

    i personally think they need to have alot of exposure, not only in spore, but overseas as well…

    kalau setakat kat spore jer… cant make it.. cos i personally think, singapore market is too small..

  6. Nas April 26, 2007 at 7:14 am - Reply

    Purplejanzz:
    Saya rasa, dedikasi yang ditunjukkan oleh artis kita pada hari ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pop star zaman pop yeh yeh dahulu.

    Mengapa zaman pop yeh yeh dikenang hingga ke hari ini bukan sahaja kerana dedikasi dan mutu persembahan mereka, tapi kerana mereka “mencipta” suatu ikon yang boleh kita kenang sampai bila2, selain penyusunan muzik mereka yang lain daripada biasa.

    Sifat “nawaitu” memang perlu ada pada diri seseorang untuk maju ke hadapan, tidak kira dia tu artis ataupun orang biasa. Dan jika kita nilai dari segi konteks industri hiburan tanah air, bukan sahaja “nawaitu” penting dalam pembangunan karier seseorang artis itu, tapi juga cara pendekatan mereka dengan para penggemar muzik tempatan juga harus ditanamkan secara mendalam, dan lantas kita dapat membezakan artis Singapura dan artis dari luar negara.

    Memang ramai yang cuba mendalami persoalan ini, tapi sayang seribu kali sayang, jawapan masih belum juga ditemui. Apa yang boleh saya cadangkan kepada para artis tempatan, kembangkanlah sayap ke negara jiran dahulu untuk menguji diri sendiri sejauhmana mereka boleh bertapak di persada seni suara.

  7. Nas April 26, 2007 at 7:22 am - Reply

    Uncle Sha:

    I agree with your opinion for local Malay artistes to explore their opportunities overseas, especially in Malaysia.

    Why they are struggling to affirm themselves in this industry is because of their lack of confidence in building-up their career as a local celebrity. This is due, perhaps, to their image or album concept that may not be well-received by the local fans.

    And why most of our local artistes practise their “test-market-concept” overseas before they stabilised themselves locally, is because it’s a trend that they just can’t miss. If they can make it big internationally, why must they be concerned about making it big locally?

    Because their mindset tell them this: “I don’t think I can make it here. Might as well I venture overseas. I don’t wish to make a fool of myself in front of my own people.”

    We have examples, but I dun think I wanna mention their names here. LOL~

  8. Nas April 26, 2007 at 7:28 am - Reply

    Hairol:

    Anita Sarawak, M Nasir dan Ramli Sarip… Nama yang memang cukup besar pada zaman 80-an dulu. DAN bertapak di Singapura. Mereka berhijrah dan menempah nama di luar negara.

    Kerana apa? Kerana kesempatan yang terbuka luas buat mereka. Mereka disokong dan diberi layanan yang hebat oleh para penggemar muzik di negara mereka.

    Di Singapura? Hmmm. Jarang dilihat ada fenomena seumpama itu. Kerana orang kita malas. Pemasaran artis kita dibuat secara acuh tidak acuh. Macam nak tak nak. Sebab mereka sedar, nak kemana korang? Pusing ke kiri langgar tembok, pusing ke kanan langgar tembok. Kat situ je lah…

    P/S: Cerita hantu ada kat my blog. Cariklah. Hahaha.

  9. Nas April 26, 2007 at 7:31 am - Reply

    Eddyboi:

    Everyone knows that. But our artistes are stubborn and lazy lor. They think they can make it by just appearing on Suria or Channel 5. Hmmm.

    Right or not??

  10. yanni April 26, 2007 at 11:25 am - Reply

    cos i think he got the voice and he got the style. memang sajak jadi artist. you kata you tahu why i like taufik? boleh kah kamu terang pada saya ni??? :)

  11. angelovecristiano April 27, 2007 at 4:15 am - Reply

    eh’eh… sampai hati mengata org kita malas…. i cannot take that lying down!! haha. (i’ll get to that in a while)

    well firstly, when we talk about our almost-pathetic small market. its actually referring to us, the consumers of their music products. and radio stations too. as much as we think the perkembangan of our artistes is not that great right now. i do think it’s stepping up to a whole LOT more than it used to. Now, with the SG idol saga, it’s getting Huge and creating much more awareness that local music has SOMEthing… not NOthing. and you can hear Hady and Taufik’s songs hitting the airwaves ever so often now…

    Years ago, my friends and I listened to Force Vomit(local band) and the likes. super old school and unknown. Now, we have a lot more choices and i guess marketing strategies play a huge role. It is the gd fortune or rather the better life-chances that Hady and FikB managed to emerge victorious as the Sg Idols. Yes, I admit I’m a bimbotic fan of theirs. Why bimbotic? Because, they look pretty, they’re cool, HOT and they sing well. (so we simply like them) But I do think, if you look at the musical direction they’re taking… it’s not their optimal path to success. The only upperhand (which happens to be a damn strong upperhand) is being the idols and having lots and lots and lots of media coverage.

    and yes, i agree on the idea of being an ‘icon’. It really helps a whole lot. like the Sg idols. Being an icon, they can instantly gain access to many fans and create an uproar.

    I love both Hady and FikB, but personally, I don’t think they can hold a candle to Imran Ajmain. He is a great talent, carved out a career style ‘pelan2 kayuh’… ’cause it was hard to make a breakthrough. His breakthrough came along last year with one song – Sudah tu Sudah. It received attention from the region and eventually, he worked on an album.. And more great music came from him – Seribu Tahun. (if you haven’t heard of Seribu Tahun… its YOUR LOSS! superbly nice… *meltz*) hehe. and fyi, lagu2 taufik yang best2… semua Imran jugak yang involve ok?! usah lepaskan, sombong and others…. yang kental2 is not Imran’s products. haha!

    I think Imran is ultimately TALENTED because of 2 things. He sings DAMN WELL…. coincidentally, his mini-concert was on 25 April, the day of tis article.. and the next talented thing is that he jumpstarted and is spearheading the Beats society. Do visit their site http://beats.sg/ The society has talent-scouted a LOT of talent. power gilerrr….. you have to hear them to believe it.

    At times, I feel it is not JUST about supporting LOCAL talent… but supporting QUALITY local talent. some are really…. tk menjadi u knw. but some are really of professional quality. If you do have a chance, check out Sleeq & Rauzan from Beats Society… In fact, there’s a lot of others who are equally gd….

    Beats Society has been around for some time, but it’s not easy making it big. Now Imran’s career has been on the move. Soon, the song ‘Seribu Tahun’ will be the opening song of an upcoming drama series on TV3, if i’m not wrong. He has also been in the hype for the upcoming APM’07. (Do vote for him!!)

    Yes yes, I am promoting, but because I believe in his cause. I don’t think he’s around JUST to gain fame (altho he loves it) and he doesn’t work for his own career per se. like the idols. (Come on man, taufik’s ‘because you loved me’ song is so national day laaaaaahhhhh – what kind of marketing is that?! so many nice songs in the album and they had to launch with THAT song.. sheesh!)

    Anyways, Imran runs this society… keeps them going. recruit young TALENTS. groom them and in the hope of creating a breakthrough in our society! no doubt, it’s a challenge and sometimes many have to go overseas to get the headstart… but i think what he’s doing is great for our musical scene.

    And we can support our local talents in many ways. yang penting, jangan keberatan. local gigs – if interested, just go! local albums – buy them! For me, I have a personal pact i made to myself. Which is, if it’s not local, ape kisah kan… cetaklah rompak.. haha. rip off ke, file sharing ke. everyone does that. but STRICTLY, if it’s local music or movies, NEVER rip it off or lend it to ANYONE. Even if my closest friend would like to borrow it.. i’d rather buy them another copy. not even if they plead for ONE SOng. =) do what we can to protect local music ya!

    My referrence to Imran is ‘cos i think he’s a gd ‘case study’ and he will be one of the next BIG thing… and IMRAN is an example of how our people are NOT MALAS… in their pursuit of his own music career and the expansion of the music scene!!

    and just to link up this article with the Melayu Baru issue. He is an example that we can learn from! He strives hard to make it work. He gives his best and displays that resilience that we should cultivate in our lives. Moreover by creating the avenue for more younger talents to realise their dreams, creating awareness and boosting the local scene…. it is HIS way of contributing back to society. For that, i think he is a GREAT TALENT.

    By the way, Thanks Nas… for writing GREAT mly articles… atho terkial2 org nk bace and fhm… but manageable lahh… haha. =) keep doing what you’re best in, ayte?! =)

  12. hafiz May 6, 2007 at 2:27 am - Reply

    well said!
    well done!

  13. niza December 20, 2007 at 4:05 pm - Reply

    hello there…i’m from malaysia

    just want to share some opinion…nampaknya ramai yg berbicara tentang keunggulan taufik…tapi kalau sedar, di malaysia, lagu seribu tahun nyanyian imran ajmain lebih terkesan…mungkin kerana ada irama seakan2 nostalgia di situ..kalau diteliti, seakan2 mendengar lagu t.s.p.ramlee…yg dipermodenkan…asyik!
    mendengar nyanyian imran, sy menggambarkan dia seakan2 shahnon, penyanyi malaysia yg masyhur dgn lagu2 nuansa jazz dan berbaur p.ramlee (mcm peminat p.ramlee la plak sy ni)

    buat saudara2 sekalian dr kota singa, fenomena artis luar lebih digembar-gemburkan ni bukan hanya berlaku di negara sdr..fenomena ni turut berlaku di malaysia
    rakyat malaysia sendiri lebih familiar dgn lagu2 seberang…mungkin mengganggap yg datang dr luar itu lebih baik….sudahnya barang sendiri dipinggirkan

  14. yani January 24, 2008 at 10:01 am - Reply

    hi, saya yani from jb. actually antara artis singapura yang saya suka or maybe boleh dikatakan minat ialah hady mirza. dia satu-satunya artis singapura yg saya interested nk ikuti perkembangannya sampai skrg. selain hady mirza, saya cuma kenal taufik batisah. itupon mungkin kerana saya ada mengikuti singapore idol kot dulu. itupun tak selalu coz sy masa tu tgh study kt shah alam. kalo sy balik jb, baru sy tgk singapore idol. secara tak langsung, walaupon tak banyak, sikit tu adalah sy mempromosikan hady pada kawan2 saya yg mostly berasal dari utara & pantai timur malaysia. then masa asian idol tu, diorg kenal la siapa hady mirza…

    kami di malaysia pon sebenarnya ada masalah yg sama… industri hiburan kitorg sekarang banyak dimonopoli oleh musik indonesia. terlalu mengagung-agungkan musik and lagu indon berbanding local artis. stesen-stesen radio swasta berlumba2 nk putarkan lagu indon. baru2 ni menteri ada campur tangan pasal ni, barula diorg slow sikit putarkan lagu2 indonesia. tapi masih mendominasi.

  15. Richie September 28, 2008 at 2:10 am - Reply

    hurmm..artist should be more to their ownself

  16. Andi June 2, 2009 at 3:02 pm - Reply

    Di indonesia artis dan lagu -lagu Melayu semakin banyak digemari, contoh lagu Madu tiga ciptaan P. Ramlee yang dirilis ulang di Indonesia meledak dipasaran. hemm…saya heran di Malaysia malah kurang mendapat sambutan ya?

  17. norman February 19, 2010 at 2:47 pm - Reply

    Lihat penyanyi dulu seperti Anita Serawak, Rahimah Rahim, Kartina Dahari, Kamaliah Latiff, Ismail Haron. They are very well known. They are versatile, great entaintainer and with great personality. They sang in Night Club and established themselves as great…..singer. they are being remenbered by most races.

    Today local singer they are known through reality shows. They will become popular if their new songs hit the market. They are not versatile and entertainer. Meaning they can only sing certain song . When they sing they do not entertain the audience. They dont focus and get the audience attention.

    suggestion:
    a) If it is ur show try something different. Invite Veteran singers. Do Duet with them. Listen and learn.

    b) Try to reach the audience when performing on stage. Use the whole stage. Enjoy and sing. It is yours.

    c) Try to expose urself singing at nightclub. get the experience. Try to learn and sing foreign song to please ur audience.

    d) Remember ur crowds consist different type of people of different races and ages. How to draw their attention. Find ur strategy and draw a plan. well inshallah all new singers u will achieve as desired.

  18. Rosli December 10, 2010 at 12:31 pm - Reply

    Saya yg asal dari singapura ,tetapi sekarang di johor telah bergiat dalam seni hiburan lebih kurang 15 tahun,akui memang ramai penyanyi2 di singapura yg berbakat,cuma kurang mendapat promosi di luar singapura.Kepada bakat2 baru di singapura yg ingin serius di bidang nyanyian atau ingin membuat rakaman album boleh lah hubungi saya 017-7907098.

Leave A Response »

*

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.