Orang-orang Melayu kita memang suka bila mendengar kisah-kisah seram dan cerita yang pelik-pelik. Sewaktu aku masih kecil lagi, aku telah “dihiburkan” dengan kisah-kisah seumpama itu oleh mereka-mereka yang aku anggap senior. Tidak kiralah siapa. Abang ke, makcik dan pakcik ke, ataupun datuk dan nenek kita sekalipun. Pasti ada cerita yang hendak dikongsi bersama. Entah betul atau tidak, aku pun tak pasti. Kadang-kadang cerita mereka tak masuk dek akal, dan ada pulak yang cuba nak buat lawak bodoh. Tapi, aku berfikiran terbuka. Kisah apa pun, aku pasti akan percaya bulat-bulat. Waktu itu zaman aku kecil-kecil dulu. Tapi sekarang, entah eh, nak percaya ke tidak…
Mendengar cerita dari mulut orang je memang tak lengkap. Lebih lengkap lagi kalau kita “bersua-muka” secara langsung dengan makhluk-makhluk ni. Baru boleh percaya. Bukan aku cakap besar. Tapi inilah hakikatnya. Kalau tak jumpa, mana boleh percaya benda ni secara bulat-bulat. Betul tak? Orang kata, tak kenal (hantu) maka tak cinta. Hahaha…
Biar aku mulakan dengan kisah yang pertama…
Pasti ada di antara anda yang masih ingat lagi tentang kisah “hantu Kum Kum” yang pernah menjadi topik hangat pada zaman 80-an dulu di Singapura. Ia mengisahkan tentang seorang wanita hodoh yang lengkap berpakaian serba hitam, serta kehausan darah anak dara. Dia akan datang ke rumah orang-orang yang beragama Islam yang mempunyai anak dara, mengetuk pintu rumah mereka sambil memberi salam: “Kum Kum“. Kalau dia berjaya mendapatkan darah anak dara dan meminumnya, wajah “hantu Kum Kum” itu akan menjadi sangat cantik dan putih berseri. Ring a bell, anyone?
Hmmm. Tapi sekarang, hantu Kum Kum sudah ada teknologi baru. Mereka dah “tak main” darah anak dara lagi. Sekarang mereka dah pergi SPA, facial dan buat pembedahan plastik. Ada pulak yang dah cuba pakai “botox”. Dan lagi satu… jika hantu Kum Kum masih wujud sekalipun pada hari ini, senang ke mereka nak cari anak dara? Masih ada lagi ke anak dara kat Singapura ni? Kwang kwang kwang. Jangan marah, ah… Silap silap, hantu Kum Kum dah pencen. Dah tutup kedai, orang kata. Haha.
Itu kisah hantu Kum Kum. Yang masih kekal hingga ke hari ini adalah tentang kerasukan makhlus halus ke dalam jasad manusia. Syaitan, iblis, ataupun permainan manusia sekalipun, kisah rasuk merupakan yang paling “popular” dalam banyak banyak cerita hantu. Mungkin ada di antara anda yang pernah menonton filem “The Exorcist“. Ataupun yang terbaru, “The Exorcism of Emily Rose“. Tapi video yang akan aku perlihatkan di bawah ini, adalah satu kisah benar tentang kerasukan syaitan. “Original” lagi. Kejadian ini berlaku di Negara Brunei Darussalam dan menjadi isu hangat hinggakan Sultan mereka sanggup turun padang untuk saksikan sendiri apa yang sedang berlaku. Tontonlah sendiri dan baru buat rumusan…
Amacam? Seram tak? Aku tak sanggup tenung mata perempuan tu. Lain je rasanya… Alam Misteri juga tidak merangkumi kerasukan, kewujudan hantu-hantu dan sebagainya sahaja. Kejadian yang pelik-pelik juga pernah berlaku di merata dunia. Yang paling dekat dengan kita, ia pernah berlaku di negara seberang, Malaysia. Dari apa yang aku tahu, video berikut ini mengisahkan seorang gadis yang telah disumpah menjadi seekor ikan pari di sebuah kampung. Sebab mengapa dia disumpah? Kerana derhaka dengan ibunya sendiri. Cubalah tonton dan buat andaian sendiri…
Video berikut ini pula berlaku di negara Oman. Kejadian yang berlaku dengan kehendak Allah SWT. Sebuah alam misteri yang menjadi rahsia Allah semata-mata, dan tiada kaitan dengan ilmu hitam, sihir dan sebagainya. Menurut cerita, para penghuni di sebuah daerah di Oman telah mendengar seorang lelaki sedang mengalunkan kitab suci Al-Qur’an di dalam sebuah masjid, sedangkan pada masa itu, masjid kosong dan tidak ada jemaah yang sedang bersolat. Oleh kerana kehairanan, mereka pergi menyiasat dan mendapati sehelai sejadah sedang duduk sambil membaca kitab suci Al-Qur’an. Inilah rahsia Allah yang kita tidak tahu… Wallahu’alam.
Dan akhir sekali, dunia ilmu hitam yang masih lagi berleluasa di kalangan masyarakat Melayu kita hingga ke saat ini. Perbuatan terkutuk yang melanggar akidah Islam, dan terpesong jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Kegiatan ilmu hitam telah wujud sejak zaman berzaman lamanya, hingga ke hari ini.
Video berikut ini adalah petikan sebuah filem “Dukun – The Movie” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Menurut cerita terbaru yang aku tahu, filem ini mungkin “digam” oleh pihak kerajaan Malaysia kerana ada unsur-unsur yang membabitkan keluarga Mona Fandey – seorang bomoh yang telah dihukum gantung kerana pembunuhan secara kejam. Sebuah filem yang menarik dan berkesan, dan tidak harus dibiarkan terbengkalai tanpa arah tujuan. Kita saksikan petikannya:
Belum lagi selesai kontroversi filem “Dukun – The Movie”, sebuah lagi filem seram dari Malaysia akan menemui para penonton di Singapura secara rasmi pada 3 Mei nanti. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan kehebatan filem “Jangan Pandang Belakang (Don’t Look Back)” yang menjadi perbualan hangat di seberang tambak pada ketika ini. Filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini merupakan satu-satunya filem Melayu yang mencecah penjualan box office sebanyak RM3.3 juta selepas tayangan minggu pertamanya. Kita saksikan sedutan filem tersebut:
Dan akhir sekali, siapa yang tidak ingat filem “Sundel Bolong” lakonan Suzanna? Kalau anda ingat-ingat lupa, biar aku “refresh” balik memori anda yang mungkin telah karat ditelan dek zaman tu. Part ni best iaitu sewaktu Suzanna sedang makan sate 200 tusuk… Hehe…
Kita sudah saksikan sendiri video-video seram dan misteri yang telah aku sertakan pada kali ini. Terpulanglah pada diri kita untuk menilaikan kebenaran dan kesasihan kisah-kisah tersebut. Bagaimanapun, usah kita pandang remeh tentang kewujudan makhluk-makhluk yang kita tidak pernah ataupun belum pernah melihat dengan mata kasar. Mereka memang ada. Kerana di dalam kitab suci Al-Qur’an sendiri telah mengatakan makhluk-makhluk tersebut memang wujud. Mungkin “mereka” sedang melihat kita dari jauh. Dan, sekiranya anda rasa bulu roma anda meremang secara tiba-tiba, besar kemungkinan “mereka” ada di sebelah kita. Wallahu’alam.
KATA-KATA AKHIR BRO NAS: Maaf sekiranya entry kali ini teramatlah panjang serta server blog ini yang mungkin agak lembab sedikit pada kali ini. Mungkin gara-gara banyak video yang cuba aku ketengahkan untuk entry kali ini. I just can’t help it. Really. Tapi apa yang penting, matlamat aku untuk buat anda semua ketakutan tercapai. Kih Kih Kih.
Aku juga ambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih buat Tok Penghulu Sha di atas kesudian mengundang aku menulis di blog yang serba “high profile” ini. Dua minggu menulis umpama 2 tahun aku perah otak untuk cari idea yang sesuai untuk dimuatkan di ruangan ini. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan aku mampu laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sekarang aku tidak sabar pula menantikan Tok Penghulu Sha umumkan dimanakah pula “Guest Bloggers” akan dijemput bersantap dan menikmati juadah yang lazat-lazat sebagai tanda terima kasih Tok Penghulu buat kami yang hina ini. Hahaha. Memandangkan minggu ini juga adalah minggu terakhir aku bersama dengan anda semua, aku ingin menjemput semua para pengunjung setia sha.tc yang budiman, untuk singgah di teratak aku yang tidak seberapa itu jika kalian ada masa terluang, ya? Dari itu, hingga kita berjumpa lagi di lain kesempatan, ceria-ceria selalu, dan Assalamualaikum…
I'm affectionately known as Uncle Sha & I run this Malay blog. The Malay ethnic race are the 'natives' who live around the Malay Peninsula region. In local context "Anak Melayu" means Malay Child, while "Melayu Boleh" means Malay Can. I'm an entrepreneur and is Singapore's most eligible uncle. Likes/Dislikes | Girlfriend Application
Twitter
@UnveiledAura Haha ain't we doing that already e.g. MRT madness morning rush
Got an ad? Contact me for advertising rates »
As featured in the papers Click on thumbnails below to enlarge
With nearly 2500 unique visitors, or 5000 hits daily, my blog is an authority figure on the topics such as Malays, Melayu, sports, health, entertainment, and lifestyle in the Singapore, Malaysia and Asia Pacific region. Choose me if you want exposure and plenty of advertising eyeballs for your product or services.
I'm a freelancer who has been behind hundreds of web projects. Do contact me if you need a project manager handling your online solution in design, advertising, marketing or web hosting.