ITE Dover Days (1998)

Sha February 21, 2007 20

A friend forward me couple of old articles of me. Want to know what I looked like back in 1997?

I was 19 years old then, that’s like a decade ago.

Well the picture is kinda small but it’s shocking! Hahaha.

Laugh all you want smartass.

I think if you were to see my I.C. photo, you’ll even be more shocked.

Me in 1998 at ITE Dover


Tarikh Terbit: Feb 28, 1998
Penerbitan: BH
Author: FARAH
Tajuk Berita: Karnival mini jadi tarikan

HASIL MENYEPADUKAN KEMAHIRAN : Pelajar Kejuruteraan Mekatronik ITE Dover, M*** S********n, bersama projek ‘Mini Karnival’ yang diusahakannya bersama tujuh orang rakan sejurusan. – Gambar oleh JOHARI RAHMAT.

Pameran ITE cara dekati orang ramai, perkenal kursus

SAKSIKAN sebuah keretapi melalui roda ‘Ferris’ yang berputar, melambai ‘Viking’ yang berbuai dan perhatikan ‘roller coaster’ mengumpul tenaga sebelum turun menderu mengikut laluan bawah air.

Semua itu dapat dilakukan dari ‘dekat’ – di sebuah karnival miniatur berkawalan komputer yang dihasilkan oleh lapan orang pelajar Kejuruteraan Mekatronik Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Dover.

Dengan menggunakan bongkah binaan Lego dan K’nex yang berwarna-warni, diserikan pula dengan lampu lap-lip, tidak hairanlah taman karnival mini ini menjadi tarikan utama di Pameran Awam ITE di Pusat Membeli-belah Lot 1, bersebelahan stesen MRT Choa Chu Kang, mulai semalam.

Lima lagi projek pelajar-pelajar tahun terakhir dari ITE lain turut dipaparkan dalam pameran itu. Bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai nilai dan kepentingan pendidikan teknikal dalam perkembangan negara, pameran tersebut juga memberi peluang kepada para pelajar ITE memaparkan kemahiran mereka. Mengenai lokasi pameran itu, Pegawai Perhubungan Awam ITE, Encik Wong Voal Voal, berkata pameran-pameran serupa sejak dua tahun lalu juga diadakan di pusat-pusat membeli belah kejiranan untuk mendekati orang ramai.

Pelajar-pelajar serta pegawai ITE juga berada di pameran itu untuk memberi maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan, khususnya kepada para pelajar yang dijangka menerima keputusan GCE peringkat ‘O’ beberapa hari ini.

Salah seorang pelajar yang menghasilkan karnival mini itu, M*** S********n, 19 tahun, berkata model itu dipilih kerana ia membenarkan mereka menyepadukan kemahiran dalam ketiga-tiga bidang elektrik, elektronik dan mekanik yang diperolehi melalui kursus mereka. Ditanya apa kepuasan menghasilkan projek yang memakan masa setahun itu, beliau berkata:

“Apabila melihat wajah kanak-kanak yang ceria, serta mendapat kata-kata penghargaan dan pujian dari orang awam, rasanya segala penat lelah telah dibalas.” Pameran berlangsung sehingga esok dari 10 pagi hingga 8 malam.

Pameran Awam ITE
* Pameran: Projek pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekatronik Institut Pendidikan Teknikal (ITE)
* Tempat: Pusat Membeli-belah Lot 1, bersebelahan Stesen MRT Choa Chu Kang
* Tarikh: Berlangsung hingga esok, dari 10 pagi hingga 8 malam

20 Comments »

  1. nurizz February 21, 2007 at 10:07 am - Reply

    1997 siapa baru collect PSLE results. awak dah buat projek “Mini Karnival”. hahahahaha!

    the pic damn small… but i thought i saw a misai. OH NO!!! tell me im wrong. hahahahaa.

    • Uncle Sha February 21, 2007 at 10:43 pm - Reply

      yesh it’s a misai … hensem bollywood eh i

  2. Haksmic February 21, 2007 at 2:05 pm - Reply

    fuhyoooh! tu.. dato’ k ke dato’ sha??? muker.. bapak bapak seiiii..

    • Uncle Sha February 21, 2007 at 10:44 pm - Reply

      haha … yesh i agree to the max!

  3. fEe February 21, 2007 at 5:47 pm - Reply

    yeah.. why the misai?!?!

    • Uncle Sha February 21, 2007 at 10:45 pm - Reply

      dunno, juz wanna sport it …

  4. marina February 21, 2007 at 6:53 pm - Reply

    HAHAHAHHA! Dato’ Sha! Hahahaha!!! *ahem*

    But I think you look much much better now compared to 10 years ago.

    • Uncle Sha February 21, 2007 at 10:46 pm - Reply

      tak baik u …

      thanks marina, i’ve been using olay … haha ;-p

  5. yanni February 21, 2007 at 10:54 pm - Reply

    heheh :) if im there, i will shave ur misai man..

    • Uncle Sha February 21, 2007 at 11:10 pm - Reply

      please do

      when i looked back, i aso get frightened by how i looked then

  6. Bro Nas February 21, 2007 at 11:03 pm - Reply

    Alamak bro. Dari jauh nampak macam Datuk K masa muda muda dulu ah. LOL.

    Hmmm…. 1998… I just completed my National Service, and I joined Takashimaya till now. That’s such a super long ago eh?

    Walau apapun, tahniah bro kerana naikkan martabat budak2 ITE. I oso from ITE, but from ITE Clementi ler… office boy sey. Haha.

    • Uncle Sha February 21, 2007 at 11:13 pm - Reply

      i dunno if dats a compliment … but thanks? haha

      i went NS in 1998 myself

      so u working at taka eh .. i suka jalan2 kat taka. banyak mamat & minah. i mamat tua

      yeah ITE is not ‘its the end’ … ‘its the ________’ (fill in the blank)

  7. suzi February 22, 2007 at 12:44 am - Reply

    after some time of not “loitering” ard here, tat’s quite an “anjat girl girl” pic there!! HHAHHAAAA.. and uncle BOTAK, tat’s a lil too much hair you had back then! HAHAHAHAAHAHAHAHAHAH.. ok sorry sorry naik lorry! =)

    • Uncle Sha February 22, 2007 at 8:59 am - Reply

      anjat seh … i dun even know wat that means. berdebah powderful ur bahasa!

      yah i think u better naik that lorry, before i’ll chase you down in 5, 4, 3 , 2, 1 …

  8. alane February 22, 2007 at 3:44 am - Reply

    hahahaha!! omg, you look soooooo different!
    let’s see, in 1998, i’m … NINE YEARS OLD?! O.O

    omg, laaaaa! i feel so old now. =P

    • Uncle Sha February 22, 2007 at 9:00 am - Reply

      aww little alane

      hey if you feel old! how about me … being sarcastic eh ;-p

  9. Faddy February 22, 2007 at 6:20 am - Reply

    no more misaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai

  10. Afif March 31, 2007 at 8:20 am - Reply

    misai rabakz.. ;/ LOL@

    • Uncle Sha March 31, 2007 at 3:05 pm - Reply

      hi bro

      to me it looks cool back then la … haha

Leave A Response »

*

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.